Merancang dan terancang

Hari ni, 31 Julai 2012, aku masih lagi tercari-cari kaedah paling baik untuk memulakan penanaman. 

Selepas aku melihat tanah yang telah dicerahkan, aku rasa perlu ada mekanisme untuk penanaman berfasa. Secara teorinya, selepas 30 hari, membuahkan hasil, dah boleh jual, dapat duit, kan. Itu pun kalau dapat hasil, kalau hasil tak keluar, macam mana?

Melihat keadaan tanah yang cerah dan panas matahari yang membahang, boleh merosakkan tanah, jadi kering dan kurang subur. Aku perlu cover dulu tanah ni dengan sabut ka, daun kering ka, ataupun mungkin jugak pasang jaring hitam yang orang selalu pakai tu. 

Baiklah, aku rasa itu yang mula-mula sekali kena find out, macam mana nak buat dan buat. Cover the source of life, the soil. Insya Allah dalam minggu ni, tiang akan mula dipacak. Abang Chop, terima kasih. Cikgu Mad, syukran jaziilan..

Alhamdulillah.

Pembukaan

3o Julai 2012

Penat tak yah cakap.. walaupun aku tengok saja, tapi penat..

Penat-penat jugak, seronok betul aku tengok tanah dah cerah.. bagus..!!

Sekarang, kuatkan semangat, tabahkan hati, mula tanam..

Esok adalah hari baru, nak tengok macam mana nak start buat batas dan tempat berteduh.

Alhamdulillah

Memulakan Langkah Ketiga

This slideshow requires JavaScript.

26 Julai 2012
Cikgu Mad, Abg Chop dan aku telah datang ke kebun untuk bagi cerah sikit tanah, tebas apa yang patut.

Abg Chop guna mesin, aku dan Cikgu Mad guna parang.

Kami telah bersetuju untuk sambung hari Ahad, panggil jentolak pula. Abg Chop dah bagi terang sikit jalan untuk laluan jentolak nanti.

Mula aktiviti jam 4 petang, habis dalam 6 petang. Boleh la keluar peluh sikit dalam Ramadhan ni.

Alhamdulillah.