Ingat Mengingatkan (Terima kasih)

Hari ni, 13 Sept 2012, hari Khamis. Aku terima satu komen dalam Page – Mengapa Berkebun dari UMMAIDAN.

Terima kasih kepada UMMAIDAN atas komen tersebut. Disebabkan komen tersebut, aku pun baca balik mengapa aku nak berkebun dari mula. Selain mengingatkan aku tentang niat, UMMAIDAN juga membuatkan aku ingat apa sebenarnya yang aku cari dengan berkebun.

Sebagai berkongsi dengan sesiapa yang sudi singgah di sini, inilah blog UMMAIDAN, our simple garden yang aku rasa sangat menarik untuk difollow. Penuh dengan pengalaman beliau berkebun. InysaAllah boleh menjadi panduan untuk kita.

Alhamdulillah.