About

Assalamualaikum

AKU BERKEBUN adalah blog yang akan menjadi tapak mula untuk aku memulakan usaha berkebun dan merekodkan perjalanan-perjalanan yang akan dilalui. Jika sekiranya aku terlupa akan tujuan aku dalam berkebun, semoga blog ini akan mengingatkan aku.

Aku adalah graduan dari UM, Kuala Lumpur, BSc. (Biochemistry). Aku berharap, berkebun akan memberi aku ruang masa, tempat dan kesihatan yang akan memberi manfaat kepada keluarga. Aku berharap berkebun akan memberi hasil yang baik dalam semua aspek.

Aku berkebun untuk berbudi. Berbudi kepada diri, keluarga dan masyarakat aku mulakan dengan berbudi kepada tanah.

Sebagai permulaan, ingin aku nyatakan bahawa segala yang aku akan tulis di blog ini adalah perjalanan aku berkebun. Aku bukan cuba berkongsi pandangan atau pendapat, hanya bercerita.

Apa yang baik, hebahkanlah, kalau tidak baik, sedarkanlah.

AKU TANAM SAYUR

Untuk mereka:

This slideshow requires JavaScript.

One thought on “About

Leave a comment