14 Ogos 2012

14 Ogos 2012

Hari ni aku sampai awal ke kebun. Awal dari biasa, 10.30 pagi. Tak tahulah, hari ni rasa letih sangat. Aku datang dengan Pak Yob.

Perancangan hari ni:

  1. membina payungan (40’x30′) menyeluruh untuk semua batas
  2. memeriksa perkembangan sawi, bayam dan bendi yang telah disemai
  3. semai cili padi dalam polybag
  4. semai kangkung

Dari segi perkembangan semaian, sawi bercambah sedikit sahaja, mungkin hujan mengganggu proses semaian. Bayam pula bercambah cantik, tapi tak menyeluruh, mungkin sebab sungkupan atau payungan yang tidak mencukupi. Bendi pula bercambah dengan cantik sekali, cuma tak semua benih bercambah. Lain kali, kena rendam dulu dengan air baja organik kot.

Payungan – tujuan payungan dibuat untuk mengelakkan sinaran langsung cahaya matahari, kerana daripada pemerhatian kami tanpa payungan, tanah menjadi sangat kering. Payungan 40’x30′ dibina menggunakan kayu dan batang bertam. Satu bahagian bumbung sahaja yang belum siap.

Semai cili padi dan kangkung tidak sempat.

Pak Yob hari ni membakar sampah dan memeriksa sistem penyiraman. Belum lengkap lagi tapi Pak Yob telah menyiram 4 batas dengan baik sekali.

This slideshow requires JavaScript.

Kami balik jam 5.30 petang.

Alhamdulillah.

Semai Bendi

This slideshow requires JavaScript.

9 Ogos 2012

Kalau ikut perancangan semalam, hari ni aku dan Abg Chop nak tambah 3 batas, hari ni kami dapat 2 batas sahaja. Semalam rancang nak semai atas 2 batas, 1 bendi, 1 kangkung, hari ni kami semai atas 2 batas, tapi bendi sahaja. Hari Ahad atau Selasa ni, kami akan semai kangkung pulak.

Cabai Burung belum semai lagi.

Perkembangan hari ni, kami telah bersetuju untuk membina payungan yang lebih cantik, berukuran 30′ x 40′. InsyaAllah, selepas raya akan tegak 2 payungan. Satu bangsal untuk rehat dan untuk bikin kompos juga akan dibina, ukuran belum ditetapkan. Tadi, tiang payungan dah dikumpulkan, belum cukup lagi.

Untuk minggu depan, perancangan kami:

  1. semai kangkung
  2. semai cabai burung
  3. tanam tiang payungan x 1

Semoga semaian bendi, bayam dan sawi akan menjadi hasil yang baik.

Alhamdulillah.

Esok..

Esok atau lebih tepat lagi sekejap lagi, 9 Ogos 2012…

Tadi, 8 Ogos, aku dah dapatkan poly bag saiz kecil dan benih cabai burung, kangkung dan bendi. Esok aku merancang untuk tambah 3 batas lagi dan semai ketiga-tiga benih tu.

InsyaAllah kangkung dan bendi terus semai atas batas, cabai burung pulak dalam poly bag.

Apa yang merunsingkan aku adalah berkenaan 3 perkara:

  1. bangsal/rumah rehat/stor – perlukan sedikit belanja dan tenaga kerja
  2. pembikinan baja dan kompos – belum start lagi sebab tiada tempat simpan
  3. pembikinan insect repellant – sama macam no 2 kot.

Aku harap, Abg Chop dah dapat mesej aku.

Alhamdulillah.

Semai Sawi dan Bayam

This slideshow requires JavaScript.

7 Ogos 2012

Aku ke kebun bersama Pak Yob; bapa mertua aku yang juga rakan kepada Abg Chop.

Aku sampai lambat. Tapi itu pun satu kebaikan juga, Abg Chop pada sebelah pagi dok buat satay untuk berniaga di Pasar Ramadhan esok. Sementara tunggu hasil kebun, Abg Chop berniaga sikit. Jadi, sebaik saja aku sampai, Abg Chop pun sampai.

Sampai saja, aku terus proses batas yang seterusnya, masa datang sebelum ni, aku dah siap 2 batas, kali ni Pak Yob pun tolong jugak, dapat lagi 3 batas.

Sementara Pak Yob dok tumpu cangkul batas, aku buat alur untuk semai Sawi dan Bayam. Sawi di batas 1, Bayam di batas 2. Batas 3 insyaAllah akan semai Bendi. Batas 4 dan 5 pula disiapkan untuk ubah Sawi dan Bayam nanti. Hari Khamis ni pulak kami akan semai bendi dan tambah lagi 3-4 batas, insyaAllah.

Sambil tu juga, Abg Chop pacak kayu sepanjang longkang yang rendah sebagai pengadang menghalang kerbau pendek datang membajak. TERIMA KASIH PAK YOB. Kami sangat menghargai pertolongan dan cadangan dari TUAN.

Syukur kepada Allah, sebaik sahaja kami berhenti lebih kurang jam 5 petang, hujan turun dengan agak lebat dan sekejap. Mungkin nak siram semaian kami kot :D. Ya Allah, suburkanlah tanaman kami.

Alhamdulillah.

Pembukaan

3o Julai 2012

Penat tak yah cakap.. walaupun aku tengok saja, tapi penat..

Penat-penat jugak, seronok betul aku tengok tanah dah cerah.. bagus..!!

Sekarang, kuatkan semangat, tabahkan hati, mula tanam..

Esok adalah hari baru, nak tengok macam mana nak start buat batas dan tempat berteduh.

Alhamdulillah

Memulakan Langkah Ketiga

This slideshow requires JavaScript.

26 Julai 2012
Cikgu Mad, Abg Chop dan aku telah datang ke kebun untuk bagi cerah sikit tanah, tebas apa yang patut.

Abg Chop guna mesin, aku dan Cikgu Mad guna parang.

Kami telah bersetuju untuk sambung hari Ahad, panggil jentolak pula. Abg Chop dah bagi terang sikit jalan untuk laluan jentolak nanti.

Mula aktiviti jam 4 petang, habis dalam 6 petang. Boleh la keluar peluh sikit dalam Ramadhan ni.

Alhamdulillah.