14 Ogos 2012

14 Ogos 2012

Hari ni aku sampai awal ke kebun. Awal dari biasa, 10.30 pagi. Tak tahulah, hari ni rasa letih sangat. Aku datang dengan Pak Yob.

Perancangan hari ni:

  1. membina payungan (40’x30′) menyeluruh untuk semua batas
  2. memeriksa perkembangan sawi, bayam dan bendi yang telah disemai
  3. semai cili padi dalam polybag
  4. semai kangkung

Dari segi perkembangan semaian, sawi bercambah sedikit sahaja, mungkin hujan mengganggu proses semaian. Bayam pula bercambah cantik, tapi tak menyeluruh, mungkin sebab sungkupan atau payungan yang tidak mencukupi. Bendi pula bercambah dengan cantik sekali, cuma tak semua benih bercambah. Lain kali, kena rendam dulu dengan air baja organik kot.

Payungan – tujuan payungan dibuat untuk mengelakkan sinaran langsung cahaya matahari, kerana daripada pemerhatian kami tanpa payungan, tanah menjadi sangat kering. Payungan 40’x30′ dibina menggunakan kayu dan batang bertam. Satu bahagian bumbung sahaja yang belum siap.

Semai cili padi dan kangkung tidak sempat.

Pak Yob hari ni membakar sampah dan memeriksa sistem penyiraman. Belum lengkap lagi tapi Pak Yob telah menyiram 4 batas dengan baik sekali.

This slideshow requires JavaScript.

Kami balik jam 5.30 petang.

Alhamdulillah.

Leave a comment